Wednesday, September 16, 2015

Bagaimana penyakit gastrik terjadi ?

TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

Adakah pesakit gastrik tidak boleh sembuh ?

Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.

“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit. Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik. Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Apakah antara rawatan gastrik ?
Di antara langkah yang diambil sebagai rawatan gastrik adalah seperti berikut:

  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Credit kepada klik4sihat.com


Makanan Untuk Kurangkan Sakit Gastrik

MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK I Gastrik adalah sejenis penyakit disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus kita. Apabila seseorang itu ada penyakit ini, dia hendaklah sentiasa jaga pemakanan dan jangan skip makan seharian. Kalau sakit Gastrik ini sudah menyerang, memang sakitnya bukan calang-calang. Sesetengah orang boleh pengsan kalau ketahanan dirinya lemah untuk lawan sakit Gastrik ini.
Sekiranya ketika gastrik mula menyerang dan tiada ubat gastrik dengan anda, di bawah ini ada tersenarai beberapa makanan yang mudah didapati dalam dapur kita yang berfungsi mengurangkan sakit gastrik yang di alami. Jom baca.

MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK
1) Pisang
ilustrasi-buah-pisang

– Pisang mengandungi Potassium yang sangat dan mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu alkali. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mucus. Mucu ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
– Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

2) Susu Sejuk
shutterstock_94067311
– Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.

3) Bunga Cengkih
Dried clove - isolated on white
– Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Selain itu, bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia
halia91
– Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.


Sumber


Kalau diserang Gastrik, bolehlah amalkan makan makanan di atas. Semoga dapat membantu mengurangkan kesakitan gastrik yang dialami.

Credit maklumat kepada gilerkentang.com

Diet Sihat Pesakit Gastrik

Masalah kelebihan berat badan boleh dialami siapa saja, termasuk pesakit gastrik. Namun, menjalankan program diet bukan hal yang mudah. Gangguan pada saluran pencernaan akan menyebabkan kembung, sakit di ulu hati, dan beberapa aduan lain yang dicetuskan oleh jumlah asid perut yang berlebihan.

Sebenarnya, perut menghasilkan asid secara teratur untuk membantu mencerna makanan. Namun, jika asid perut terproduksi secara berlebih, inilah yang menyebabkan masalah. Pengeluaran asid perut akan meningkat ketika tubuh memerlukannya, misalnya ketika tubuh memerlukan pengambilan makanan.

Gangguan gastrik akan terjadi ketika pola makan kita berubah. Jadual makan yang tak teratur, menyebabkan perut sukar menyesuaikan diri. Jika pengeluaran asid perut ini terjadi terus-menerus, maka akan merengsakan dinding mukosa pada perut. Inilah yang menyebabkan rasa pedih dan mual, yang akhirnya memadamkan niat untuk berdiet.


Image courtesy of  David Castillo Dominici / FreeDigitalPhotos.net
Kurangkan punca gastrik.

Meski menderita gangguan perut, prinsip menurunkan berat badan tetap sama, iaitu makan teratur, mengurangkan pengambilan lemak, dan rutin bersenam. Bezanya, pesakit gastrik ada baiknya mengurangkan makanan yang merangsang asid perut, seperti durian, kopi, keju, makanan yang terlalu pedas, dan yang banyak mengandung gas.

Berikut tiga tips diet sihat bagi pesakit gastrik.

Makan teratur.

Makan dengan jarak waktu teratur adalah prinsip utama bagi pesakit gastrik. Makanlah dalam jumlah yang kecil setiap 3 jam sekali. Jangan pernah membiarkan perut terlalu lama kosong. Selain mengurangkan makan, cubalah lebih teratur bersenam, misalnya jalan kaki 30 minit sehari.

Step by step.

Menurunkan berat badan sebaiknya tak dilakukan secara drastik. Capailah berat badan ideal dalam beberapa peringkat. Misalnya, tahap pertama, tentukan target menurunkan berat badan sekitar 5-10 peratus atau 4-9 kg dari berat badan saat ini. Setelah target pertama tercapai, barulah menentukan target kedua, dan selanjutnya.

Kurangkan hidangan.

Kurangkan jumlah makanan hingga 1/3 atau 1/2 dari jumlah yang biasa anda makan. Ganti snek dengan buah-buahan segar yang tidak asam. Minum susu nonfat tanpa gula atau teh hangat tanpa gula. Sebagai teman minum teh, anda boleh memilih crackers sihat. Selain itu, elakkan pemprosesan makanan dengan minyak atau santan kental. Di tengah menjalani program diet ini, jika perlu rujuk doktor untuk pengambilan ubat gastrik.


Credit gayahidupyangsihat.blogspot.my

Cadangan permakanan bagi Pesakit Gastrik

Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low.

Insya Allah susu lembu biasa atau susu tepungnya mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.
Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat ini telah hilang.

Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut cream cracker adalah lebih baik. Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga.
Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Cadangan :

Sarapan Pagi & Makan Sebelah Pagi

1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream
cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek
atau kentang)

Minum Pagi (Tea Break)

2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut

Makan Tengahari

3. tengahari makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti
sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau
air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

Minum Petang

4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih
yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga
elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.

Makan Malam

5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.

Minum Malam

6. Sebelum tidur minum susu lagi.


Jaga-jaga/Elakkan

7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau

8. Elakkan makanan mengandungi cuka.

9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat
sendiri (optional)

10. Elakkan habbatusauda



InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan
gastrik dah lega.

Sakit Gastrik? 5 Makanan Yang Perlu Diambil Untuk Elak Anda Sakit Lagi


Sakit gastrik bukan boleh dibuat main-main sebab sangat sakit. Dan jika anda berpotensi mengalaminya (lebih-lebih bila nak puasa ni kan) elok jika anda jadikan senarai makanan ini dalam kehidupan seharian dan makanan-makanan ini tidaklah setawar yang anda sangka!
Kerana sakit gastrik ini berada di perut, adalah wajar bagi anda untuk memastikan makanan yang diambil tidak akan menyebabkan perut terganggu lebih dari sepatutnya (perut orang gastrik ini agak sensitif sket), di mana ia disebabkan oleh kandungan asid hidroklorik dalam perut.
Oleh itu, makanan yang sesuai adalah yang jenis wholesome gitu, bersifat alkali dan bagus untuk kurangkan sket keasidan dalam perut.

Asid perut orang gastrik ni special betul!

Jenis Makanan Yang Sesuai Untuk Sakit Gastrik

Karbohidrat

Karbohidrat diperlukan untuk tubuh kerana ia membekalkan tenaga segera (cuma masalahnya, kita ambil terlebih-lebih ni ha..seperti yang dibuktikan dalam diet Atkins). Namun untuk sakit gastrik, sangat elok untuk mengamalkan makanan berkarbo yang bersifat kompleks (roti gandum, beras perang..) kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan.

roti gandum wholemeal bread

Protein

Sumber protein sangat bagus untuk diamalkan (malah nisbahnya elok melebihi sumber karbo jika anda mengambil sumber karbo simple yang banyak cam nasi putih, roti putih..hehe) dan protein yang bagus adalah yang bersumberkan tumbuhan yang lebih mudah dihadam, diserap, dan tidak akan menyebabkan simptom gastrik anda bertambah teruk.
Protein yang bersumberkan ikan juga bagus kerana selain protein yang lembut untuk gastrik, ia juga bersifat anti-inflammasi, membantu untuk redakan kesakitan gastrik itu.
Khas bagi yang mengalami gastrik, eloklah elakkan terus sumber protein daripada susu/produk tenusu kerana ia dikuhatiri menyebabkan gastrik lagi teruk (azab gastrik ni wehh)

Sayuran Dan Buah-Buahan

Ini wajib kot, kerana sayuran dan buahan ni bersifat alkali dan penuh dengan vitamin dan mineral. Pastikan jangan ambil yang peberet je – pelbagaikan untuk cukupkan spektrum nutrisi vitamin dan mineral.

healthy food
Contoh makanan yang sesuai

Air

Air ni haruslah kan dan anda perlu dapatkan jumlah air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg) supaya dapat buang toksin, cuci darah, serta memperkemaskan aliran tubuh.
Untuk sakit gastrik ni, air kelapa pula sangat membantu untuk redakan sakitnya.
  • Mengandungi elektrolit untuk keperluan aliran dalam tubuh
  • Meneutralkan inflamasi tubuh
  • Mengurangkan rasa sakit gastrik nih

Probiotik

Biasanya orang yang sakit gastrik ni, disebabkan bakteria H.pylori jadi amalkan makanan yang mengandungi probiotik cam vitagen, tempe, yogurt, dan kimchi untuk neutralkan bakteria tersebut dari menganggu perut anda

Makanan Yang Elok Dielakkan Untuk Sakit Gastrik

Secara ringkas, apa-apa makanan yang memberikan kesan inflamasi (kecederaan) pada dinding perut tu elakkanlah – ia termasuk:
  • Makanan yang bersifat asid
  • Minuman yang mengandungi kafein dan bergas
  • Makanan yang diproses, fast food tu no-no
good foods bad foods

Tabiat Bagus Untuk Sakit Gastrik

Orang sakit gastrik ni ada sedikit songehnya dalam makanan harian, maka elok langkah-langkah ni diamalkan agar perut tak mudah nak meragam je.
gastrik
Percayalah, sekali anda terkena gastrik, anda mungkin akan mengalaminya sehingga bertahun-tahun, disebabkan lining usus di perut yang dah tercedera akibat asid dan bakteria penyebab gastrik.

Kredit kepada http://mommylotte.com


Cara Hilangkan Terus Gastrik dalam 7 minggu tanpa ubatan hospital.

Dalam artikel ini saya akan terangkan cara hilangkan terus gastrik dalam 7 minggu tanpa ubatan hospital. Ianya bakal membuka mata anda tentang cara unik tapi berkesan untuk hilangkan terus gastrik selama-lamanya secara semulajadi tanpa ubat hospital. Walaupun ia nampak macam indah khabar dari rupa, tapi ia sudah dilakukan ratusan ribu orang serata dunia.

Jika anda baca artikel ini sampai habis, anda boleh:-
  • Hilangkan terus penyakit gastrik dalam 1 bulan hari
  • Mengelakkan sakit ulu hati (heartburn) 2 jam dari sekarang
  • Mengilangkan rasa sakit dada dan terbakar di dada
  • Menghindarkan kembung perut, angin dan sendawa
  • Mendapat tidur yang lebih lena tanpa kesesakan di perut dan dada
  • Minda yang lebih fokus, badan kurang letih dan rasa lebih sihat
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Jimat duit dari ubat-ubatan hospital
Apa yang anda bakal belajar sekejap lagi terbukti melalui kajian klinikal. Jika anda mahu belajar, cara menghilangkan terus gastrik, GERD, acid reflux atau heartburn yang and hadapi, tanpa “side effect”, tanpa dadah, dan tanpa antacid, saya mohon teruskan membaca secara terperinci.

Hakikatnya, 95% pesakit gastrik yang mengambil “ubat hospital” hanya melegakan gastrik sementara saja. Ia bukan penyelesaian muktamad.

Kunci Pertama
Ada kaitan rapat antara makanan dan gastrik. Tapi makanan bukan satu-satunya penyebab. Ada beberapa penyebab gastrik lain yang saya akan terangkan sekejap lagi. Anda mungkin sangka yang anda hanya perlu “elak” makanan tertentu. Tapi yang tak biasa anda dengar adalah, anda harus makan benda penting tertentu dan yang ini mungkin yang belum pernah dengar… Anda harus makan kombinasi makanan tertentu, tanpa dicampur-campur dengan makanan yang tidak sesuai dimakan bersama. Baik, kita tengok dulu makanan yang harus dielak…

Ada 2 kategori makanan yang mesti dielak.
Produk tenusu/laktosa (kecuali susu kambing) Manusia adalah satu-satunya spesis yang minum susu hasil daripada spesis lain. Kita tidak boleh hadam susu dengan baik selepas berusia 7 tahun. Kita bukan seperti anak lembu yang minum susu ibunya. Susu juga bersifat asid. Ia boleh tambah risiko acid reflux. Fruktosa…(atau gula yang banyak terdapat dalam minuman tin) boleh menyebabkan kembung,angin, cirit-birit, sakit-sakit badan.

Kunci Kedua Gastrik bukan masalah dengan perut dan esophagus anda semata-mata. Ia satu petanda yang badan anda kurang sihat. Anda mungkin kurang keperluan tertentu, dan terlebih toksin tertentu.



Badan anda sedang berbicara dengan anda.
Ia mengeluarkan petanda-petanda tersebut dalam bentuk gastrik untuk menyatakan yang badan anda tak sihat. Jika anda pernah melihat sukan tinju, seringkali salah seorang akan terkena “knock-out”dan pitam. Ini kerana badannya sudah tak boleh tahan lagi menerima pukulan demi pukulan. Tapi peninju tak mahu dengar kata badan dan teruskan bertinju.
Oleh itu badan buat keputusan sendiri untuk pitam bagi melindungi dirinya dari lebih banyak kerosakan. Anda perlu dengar dan perhati apa yang badan anda cuba bisik. Anda perlu berusaha untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dari segi pemakanan, spiritual, mental dan fizikal.

Kunci Ketiga
Anda mesti faham apa yang menyebabkan gastrik, dan kenapa anda menghidapnya Ada 4 faktor utama penyebab gastrik…
Pertama: Pemilihan pemakanan. Apa yang anda makan boleh menyebabkan gastrik.
Kedua: Pembiakan Candida Albican yang berlebihan di usus.
Ketiga: Terlalu banyak toksik dalam badan.
Keempat: Stress, tak cukup tidur dan obesiti. Mungkin anda pandang remeh tentang kaitan stress dan gastrik.

Tapi cuba lihat beberapa artikel saintifik ini… Heartburn secara am tidak begitu merbahaya. Tetapi heartburn dan stress boleh menyebabkan ulcer,dan ulcer boleh jadi merbahaya atau artikel ini… mengikut beberapa kajian dan survey, stress boleh menyebabkan sakit ulu hati (heartburn)
dan aritikel ini… stress mengubah aliran darah dalam badan. Bila badan stress, ia mengalirkan lebih banyak darah ke otot, lengan,kaki- dan kurang darah pergi ke perut. Ini menyebabkan makanan lambat hadam, dan berada dalam perut dalam jangkamasa lebih lama
Itulah dia, 4 faktor besar yang menyebabkan gastrik…
Apakah makanan yang patut anda elak?
Lemak! Ada lemak yang mengubati. Ada lemak yang membunuh. Bagi pesakit gastrik, terlalu banyak lemak boleh menyebabkan acid reflux. Anda mesti letak matlamat untuk cuma ambil 30% lemak yang baik dari jumlah makanan yang diambil.
Ingat ya? Lemak baik. Bukan lemak jahat. Lemak jahat adalah makanan bergoreng dengan minyak sawit, margerin, krim, mayonnaisse dan keju. Jika anda makan terlalu banyak makanan berasid, seperti burger, makanan bergoreng, serta makanan susah dihadam. Makan ini juga menghasilkan asid. Lemak yang bagus adalah minyak zaitun dan minyak ikan.
OK. Apa lagi yang harus dielak?
Makanan pedas dan berempah. Anda juga mesti elak makanan pedas, terutama bila perut kosong. Kebanyakan rempah ratus yang boleh menyebabkan acid reflux adalah bawang putih,cili,kari,lada hitam dan bunga cengkih. lagi? Gula. Gula dalam manisan,’dessert’,air tin,roti, akan jadi makanan pada Candida Albican yang ada dalam usus.
Ini menyebabkan Candida Albican tersebut menghasilkan gas dalam usus, yang akan melambung naik dan menolak asid dalam perut anda ke-atas. Ada banyak lagi senarai makanan yang mesti di-elak tapi kita kesuntukan masa. Jadi saya teruskan dengan makanan yang mesti dimakan

Apa pula makanan yang mesti dimakan?
Fiber Makanan fiber tinggi akan bantu serap dan mengeluarkan toksin. Ini akan mengelakkan banyak penyakit. Ia memudahkan anda buang air, mengelakkan ulcer, mengawal gula badan dan mengurangkan berat badan. Anda perlu makan fiber yang larut air, dan yang tak larut air. Fiber yang larut air adalah oatmeal,buah, dan sayuran.
Fiber yang tak larut air adalan wheat bran,kulit buah dan sayuran dan kulit bijan. Makanan tenusu seperti susu, keju,dan juga daging tidak mempunyai fiber lansung. Anda mesti juga makan makanan yang membersihkan usus dan perut. Buah-buahan, sprout, bayam, bell pepper, celery, lettuce, asparagus, broccoli. Ini semua sayuran yang membersihkan usus.


Wheatgrass adalah sejenis super food. Ia boleh mengubati gastrik dalam masa yang singkat jika dimakan setiap hari, atau hanya beberapa kali seminggu.

Saya akui, tak masuk akal kita nak beli setiap satu dari bahan makanan yang amat sukar dicari ini. Oleh itu, saya mengesyorkan kesemua “super food” ini digabungkan diambil dalam bentuk lebih mudah di dalam satu sachet.

Produk ini namanya “Alkalising Green Plus”
.

Singkatnya, AGP. Ia keluaran bumiputera Islam yang sudah lebih 20 tahun beroperasi.
F.A Herbs sudah dalam lingkungan 20 tahun berpengalaman dalam bidang kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan alam semulajadi.
Mereka bukan saja diberi amanah untuk mengeluarkan beberapa produk bagi syarikat ternama Amway dan Cosway, tetapi juga dianugerahkan sijil SIRIM, Jakim, ISO, UKAS dan pelbagai lagi anugerah kerana mereka hanya menggunakan bahan bermutu dengan piawaian tinggi dan selamat diambil.
  • AGP tiada gula.
  • Sangat tinggi dengan fiber.
  • Rasanya segar dan tidak muak.
  • Ia tiada bahan pengawet.
  • Ia punyai bahan super anti-oxidant.
  • Ia juga punyai prebiotic dan probiotic.
  • Ia juga mempunyai CoQ10 yang larut dalam air- satu bahan yang mahal, tapi berkesan.
  • Bagus bagi yang ada masalah darah tinggi atau jantung.
  AGP juga penuh dengan mineral beralkali. Mempunyai bukan satu, tapi banyak superfood organik yang telah disahkan.
Ia juga mengandungi 15 sumber sayuran hijau yang padat dengan nutrien. Tinggi dalam kalsium dan magnesium supaya ia cepat diproses dan diserap.
Ia punyai barley grass dan wheat grass. Makanan yang amat beralkali untuk mengimbangi badan berasid, terutama jika gastrik.
Banyak kajian menunjukkan barly grass juga boleh mengurangkan berat badan,menurunkan kolestrol, malah mengurangkan kanser.

Ia juga mengandungi bayam, bijan flaxseed, spirulina organik, athichoke, apple patin, extract aloe vera, kale, asparagus, broccoli, parsley, alfalfa organic, green tea, chorella organic, dan banyak lagi makanan lain yang bertujuan untuk menjadikan badan anda lebih beralkali untuk menjadikan badan anda lebih beralkali untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit terutamanya gastrik dan GERD.
Harganya RM150 sekotak, termasuk pos.

Setiap kotak mempunyai 20 sachet. Anda mesti makan 1 sachet setiap hari.
Bermaksud 1 kotak, akan tahan 20 hari.
Saya harap anda boleh cuba Alkaline Green Plus hari ini.
Ya, ini pengalaman salah seorang pelangan kami yang baru pertama kali mencuba AGP. Beliau menghadapi gastrik. Katanya… “Saya dah cuba,ada perubahan dengan lambung saya. Saya dah tak takut lagi makan pedas dan minum yang bergas. Seluruh bandar bintulu saya cari AGP tapi tak ada. AGP the best!”

Secara klinikal ia sudah terbukti berkesan untuk ratusan ribu pesakit gastrik seluruh dunia.



Anda hanya perlu SMS/WHATSAPP AGP ke 019-472 1066 (anda akan dipandu untuk langkah pembelian seterusnya melalui SMS/WHATSAPP) Terima kasih. Ikhlas, Zulkifly Said

Dan kredit kepada Mazuhan Ahmad Alkalising Green Plus