Sakit gastrik bukan boleh dibuat main-main sebab sangat sakit.
Dan jika anda berpotensi mengalaminya (lebih-lebih bila nak puasa ni
kan) elok jika anda jadikan senarai makanan ini dalam kehidupan seharian
dan makanan-makanan ini tidaklah setawar yang anda sangka!
Kerana sakit gastrik ini berada di
perut, adalah wajar bagi anda untuk memastikan makanan yang diambil
tidak akan menyebabkan perut terganggu lebih dari sepatutnya (perut
orang gastrik ini agak sensitif sket), di mana ia disebabkan oleh
kandungan asid hidroklorik dalam perut.
Oleh itu, makanan yang sesuai adalah
yang jenis wholesome gitu, bersifat alkali dan bagus untuk kurangkan
sket keasidan dalam perut.
Asid perut orang gastrik ni special betul!
Jenis Makanan Yang Sesuai Untuk Sakit Gastrik
Karbohidrat
Karbohidrat diperlukan untuk tubuh
kerana ia membekalkan tenaga segera (cuma masalahnya, kita ambil
terlebih-lebih ni ha..seperti yang dibuktikan dalam diet Atkins). Namun
untuk sakit gastrik, sangat elok untuk mengamalkan makanan berkarbo yang bersifat kompleks (roti gandum, beras perang..) kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan.
Protein
Sumber protein sangat bagus untuk diamalkan (malah nisbahnya elok melebihi sumber karbo jika anda mengambil sumber karbo simple yang banyak cam nasi putih, roti putih..hehe) dan protein yang bagus adalah yang bersumberkan tumbuhan yang lebih mudah dihadam, diserap, dan tidak akan menyebabkan simptom gastrik anda bertambah teruk.
Protein yang bersumberkan ikan juga bagus kerana selain protein yang lembut untuk gastrik, ia juga bersifat anti-inflammasi, membantu untuk redakan kesakitan gastrik itu.
Khas bagi yang mengalami gastrik,
eloklah elakkan terus sumber protein daripada susu/produk tenusu kerana
ia dikuhatiri menyebabkan gastrik lagi teruk (azab gastrik ni wehh)
Sayuran Dan Buah-Buahan
Ini wajib kot, kerana sayuran dan buahan
ni bersifat alkali dan penuh dengan vitamin dan mineral. Pastikan
jangan ambil yang peberet je – pelbagaikan untuk cukupkan spektrum nutrisi vitamin dan mineral.
Contoh makanan yang sesuai
Air
Air ni haruslah kan dan anda perlu
dapatkan jumlah air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg) supaya dapat
buang toksin, cuci darah, serta memperkemaskan aliran tubuh.
Untuk sakit gastrik ni, air kelapa pula sangat membantu untuk redakan sakitnya.
- Mengandungi elektrolit untuk keperluan aliran dalam tubuh
- Meneutralkan inflamasi tubuh
- Mengurangkan rasa sakit gastrik nih
Probiotik
Biasanya orang yang sakit gastrik ni, disebabkan bakteria H.pylori
jadi amalkan makanan yang mengandungi probiotik cam vitagen, tempe,
yogurt, dan kimchi untuk neutralkan bakteria tersebut dari menganggu
perut anda
Makanan Yang Elok Dielakkan Untuk Sakit Gastrik
Secara ringkas, apa-apa makanan yang memberikan kesan inflamasi (kecederaan) pada dinding perut tu elakkanlah – ia termasuk:
- Makanan yang bersifat asid
- Minuman yang mengandungi kafein dan bergas
- Makanan yang diproses, fast food tu no-no

Tabiat Bagus Untuk Sakit Gastrik
Orang sakit gastrik ni ada sedikit
songehnya dalam makanan harian, maka elok langkah-langkah ni diamalkan
agar perut tak mudah nak meragam je.
Percayalah, sekali anda terkena
gastrik, anda mungkin akan mengalaminya sehingga bertahun-tahun,
disebabkan lining usus di perut yang dah tercedera akibat asid dan
bakteria penyebab gastrik.
Kredit kepada http://mommylotte.com
No comments:
Post a Comment