MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK I
Gastrik adalah sejenis penyakit disebabkan ketidakseimbangan asid dan
pepsin pada usus kita. Apabila seseorang itu ada penyakit ini, dia
hendaklah sentiasa jaga pemakanan dan jangan skip makan seharian. Kalau
sakit Gastrik ini sudah menyerang, memang sakitnya bukan calang-calang.
Sesetengah orang boleh pengsan kalau ketahanan dirinya lemah untuk lawan
sakit Gastrik ini.
Sekiranya ketika gastrik mula menyerang
dan tiada ubat gastrik dengan anda, di bawah ini ada tersenarai beberapa
makanan yang mudah didapati dalam dapur kita yang berfungsi
mengurangkan sakit gastrik yang di alami. Jom baca.
MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK
1) Pisang

– Pisang mengandungi Potassium yang
sangat dan mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu alkali. Pisang juga
mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih
banyak mucus. Mucu ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan
kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
– Pisang yang terlebih masak mempunyai
nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali.
Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit
gastrik.
2) Susu Sejuk

– Susu adalah tinggi kandungan kalsium.
Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid
yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa
perit gastrik.
3) Bunga Cengkih

– Bunga cengkih adalah untuk digigit
semasa gastrik. Selain itu, bunga cengkih membantu melancarkan
perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur.
Air liur akan membantu proses penghadaman. Jika anda gastrik, gigit satu
bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu
mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4) Halia

– Halia membantu penghasilan mukus yang
membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia
dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
Sumber
Kalau diserang Gastrik, bolehlah amalkan
makan makanan di atas. Semoga dapat membantu mengurangkan kesakitan
gastrik yang dialami.
Credit maklumat kepada gilerkentang.com
No comments:
Post a Comment